Monday, June 28, 2010

SBDJ Addict..♥♥ [Part 2]

Masih di ingat suatu ketika dahulu, semasa aku dengan susah payahnya mencari kesinambungan demi kesinambungan siri SBDJ. Hanya TUHAN swt sahaja yang tahu perasaan ku saat itu. Bermula dengan menyelak variasari-variasari lama, koyak sana, koyak sini, semua sanggup.. walaupun dapat hanya secebis kesinambungan SBDJ. hehe!

Seksa betul. Nak dikongsi.. mana nak tahu siapa yang berfikiran seperti aku. Dapat pergi cyber cafe, still SBDJ jugak yang aku search... dari masa ke semasa, sejak 1998-1999 sehingga 2001, 2003, 2005 << zaman internet masih baru menapak di bumi Malaysia. 'No Result Found'... huhu~~

Bila dapat jer pinjam SBDJ ni dari kengkawan dan sedara mara.. pinjam terus la jawabnya.. nama nk pulang balik idak ler << notty ekk.. hehe! aku tak kira.. aku nk jugak.. apa nk jadi, jadi la... memang giler betul kat SBDJ. TJ oh TJ..

Tapi baru-baru ni, masa search SBDJ, aku jumpa komunitiSBDJ Semua harapan aku tertumpu kat situ.. aku tau mesti banyak orang yang rasa macam aku, mesti semua ahli komunitisbdj tercari-cari sambungan SBDJ macam aku.. tiba-tiba aku rasa bahagia sangat. Once aku di-approve oleh ADMIN.. tu la saat yang paling bermakna pada aku.. hmm..

Sebenarnya, aku diperkenalkan kepada komunitisbdj oleh seorang peminat SBDJ dengan nick TJ. Orang yang aku maksudkan adalah bro. TJ << admin kepada blog Tamar Jalis, wordpress TJ, Admin komunitiSBDJ dan Admin groupSBDJ FB. Terima kasih buat bro. TJ yang me-realisasikan impian-impian kami peminat SBDJ dengan menyediakan suatu tempat untuk kita berkongsi Siri-Siri SBDJ seperti sekarang. Dan terima kasih juga kepada pejuang setia FEROZ dan penulis-penulis siri komunitisbdj.multiply yang sentiasa tanpa jemu menyumbang hasil titik usaha kalian kepada peminat-peminat SBDJ yang dahagakan sambungan Siri-Siri berkenaan.

Kini, banyak sudah tertubuhnya BLOG SBDJ dengan sumbangan-sumbangan komunitiSBDJ. Sepatutnya ia adalah satu perkara yang positif. Suatu masa nanti tidak mustahil kita akan dapat keseluruhan Siri-Siri berkenaan. Aku << menjadi pemantau setia. AKu akan cuba membantu sedaya aku. AKu mohon maaf kesuntukan aku menghalang aku daripada terus aktif membantu menyumbang kepada komuniti. Tetapi aku sudah berjanji untuk membantu Che Mat mencari maklumat dan gambar-gambar SBDJ sekitar Mukim Daerah Kinta. Janji tetap akan aku kotakan. Cuma masa yang akan menentukan. InsyaALLAH

TEMPAT YANG DIKENAL PASTI ADA KAITAN DENGAN TAMAR JALIS.





4 comments:

Anonymous said...

salam,untuk pengetahuan penulis sbdj tu masih ada tapi dia dah tak menulis lagi,beliau lebih suka duduk di kampung shj dan tdk mahu dikenali.tahun lepas saya dapat berjumpa dengan beliau,pengalaman sewaktu saya bersama beliau ibarat saya ni sebagai tamar dan penulis seperti datuk dan banyak persamaan dgn ceritanya sewaktu dia merawat pesakit menggunakan cara kampung.cara percakapannya banyak berkias hingga saya terpaksa dengar dgn teliti walau arahannya mudah shj.

.:sanDORA:. said...

all the day.. in my dreams.. i wish to see him....

Anonymous said...

saya pon addict bca cita2 tmar jalis...
masa kt skolah dlu ada mber slalu bwk nvl2 tu..
try cri kt kdai bku skrg memg dah xda...

Anonymous said...

baru 3 hari lepas saya beli buku hidayah keluran 1 muharram 1433, saya terkejut sekali bila tengok kat muka belakang buku tu ada promosi buku SBDJ... hati saya terlonjak2 gembira sebab dah lama sangat saya tunggu sambungan sejak ia nya terberhenti dulu..... tetapi kami d Brunei sini belum dpt lagi buku2 tu sehingga tahun depan kata ejen buku itu waktu saya call diaorang.....huhuhuhu lama sangat.... tak pe sabar menanti dan menunggu.......