~MUTIARA KATA~

Friday, June 26, 2009

2 Cerita Menarik....

CERITA 1

DUIT SERINGGIT DAN DUIT LIMA PULUH RINGGIT






















Duit seringgit telah bertemu dengan lima puluh ringgit dan bertanya:
“Oit,lama tak nampak, mana ko pergi?”
Lima puluh menjawab ” Aku pergi merata tempat. Pergi stadium tgk bola,
Naik STAR Cruise, gi KK naik AirAsia, lepak One Utama, konsert AF,
M’sianIdol..tempat2 cam tuh lah. Eh, ko camner lak?”

Duit seringit menjawab perlahan seraya menunduk, “Hmm..biasa lah..
Balik-balik tempat sama.. surau, masjid, surau… “.

Kesimpulannya : Takkan la asyik-asyik nak derma RM1 je kat mesjid
Or surau, tambah la sikit..


CERITA 2

ANTARA PEGANG AWEKS DAN PEGANG ANJING





LEMBU: Hai anjing, apa habaq? Macam ada yg tak kena je?

ANJING: Aku tengah tension nih . Mau je aku gigit manusia tadi.

LEMBU : eh? kenapa ?

ANJING: aku lalu tepi dua orang manusia lelaki dan perempuan yg sedang
berkepit. Tetiba si lelaki terperanjat dan terus melompat dan berkata
“hoi anjing , pergi jauh-jauh, najis!”.

LEMBU: Ya, lah. Ko kan haram. Najis tahap berat bagi manusia. Biasalah tu.

ANJING: Kalau aku najis sekali pon, kalau dia tersentuh aku, boleh
disamak. Yang dia sentuh dan raba-raba awek dia tu apa? Boleh ke nak samak dosa?

LEMBU: Betul tu . Memegang wanita yg bukan mahramnya tanpa ikatan yg
sah, lebih dahsyat kenajisannya daripada memegang ko anjing, malah tak boleh suci sekalipun di samak.

ANJING: Wah .. ayat ko memang power la… manusia kena ubah pepatah “Pandai macam LEMBU

Sedikit Penjelasan:

Daripada satu hadis yang diriwayatkan daripada ibnu majah menyatakan
bahawa ?Bergomolan dengan babi (khinzir) itu adalah lebih baik berbanding dengan bersentuhan (secara sengaja) dengan wanita yang bukan mahram?.

Bersentuhan (dengan sengaja & apatah lagi bertujuan syahwat) adalah berdosa dan wajib bertaubat (bagi membersihkan dosa). Sedangkan menyentuh anjing tidaklah berdosa dan hanya perlu disuci (bukan bertaubat). Menyentuh anjing bukanlah satu kesalahan (dosa) atau maksiat. Tetapi, menyentuh wanita bukan mahram adalah berdosa dan merupakan maksiat.

Di dalam satu riwayat hadis yang lain yang maksudnya , ? Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya . (Riwayat At Tabrani dan Baihaqi)

wALLAHualam....

Baca Seterusnya >>

Monday, June 15, 2009

CENYUM siket..

( klik 2 kali kat gambar untuk kejelasan yang lebih jelas.. yer... )

SAPE HEBAT
Man : Bapa aku hebat. Dia polis. Semua orang takut ngan dia.
Ali : Eleh, bapa aku lagi terer. Kalau dia suruh orang tunduk, mesti orang tu tunduk.
Man : Wow! Bapa kau keja apa?
Ali : Tukang gunting rambut.

KELAS BI
Ayah : Apasal B.I kamu nie asyik dapat kosong jer...! Apasal hah?
Anak : Eh, ayah! Tu bukan kosong. Tadi cikgu adik dah kasi bintang banyakkat bebudak lain. Ada dapat 5 bintang la, 4 bintang la. Bila turn adikjer, bintang dah abis. Sebab tu cikgu bagi kat adik bulan.

SUDU
Doktor : Encik kena ambil 3 sudu ubat ni setiap hari.
Pesakit : Eh! tak boleh la doktor.
Doktor : Kenapa?
Pesakit : Rumah saya ada dua sudu jer.


MAYAT
Cikgu : Hasan,sambungkan 2 ayat ini menjadi satu. 'Ali menaiki
basikal ke sekolah. Ali ternampak mayat.'
Hasan : Ali ternampak mayat menaiki basikal ke sekolah.

TIRU
Cikgu : Encik,anak awak didapati meniru Ali dalam exam.
Bapa : Apa bukti awak?
Cikgu : Encik tengok soalan nombor 4 nie. Siapakah menemui Pulau Pinang?Seman tulis "Saya tak tahu"dan anak encik tulis "Kalau engkautak tahu, aku lagi la tak tahu".

DOKTOR
Suatu petang datang seorang lelaki berumur ke kelinik ENT , kerana telinganyadi masuki biji kacang hijau semasa dia membeli barang dapur di pasar.
Doktor : "Selamat petang..."
Pesakit : "Selamat petang Doktor!"
Doktor : " Ada masaalah apa .....?"
Pesakit : "Telinga saya dimasuki biji kacang hijau, Doktor..."
Doktor : "Biar saya periksa telinga anda!"
setelah diperiksa... .
Doktor : " Ada2 cara untuk mengeluarkan biji tersebut..."
Pesakit : "Apa caranya doktor?"
Doktor : "Pembedahan kecil kosnya 2 ribu ringgit dan pilihan kedua
pula percuma..."
Pesakit : "Mahal sangat Doktor, kalau yang percuma bagaimana?"
Doktor : "Yang percuma kena sabar..."
Pesakit : "Baik, saya sabar, dan bagaimana caranya...?"
Doktor : "Anda sirami telinga anda 2 kali sehari dan nanti jika
sudah jadi tauge' anda tinggal tarik keluar."
Pesakit : "Huh

p/s : Mulakan hari dengan senyuman, kerana senyuman adalah ubat.
Jangan tension2.



Baca Seterusnya >>

Wednesday, June 10, 2009

STADIUM runtuh di TERENGGANU..

kecoh dengar pasal berita stadium runtuh di Negeri Terengganu..
Kami di Negeri Perak turut merasa simpati
dan seringkali menanti-nanti berita sebenar-benarnya
tentang kejadian berkenaan..

sehinggalah saya menerima beberapa keping gambar panas
di dalam kotak inbox email saya.....

kelihatannya agak teruk juga...











































Nak tahu sebab apa STADIUM berkenaan runtuh ????
scroll sehingga ke bawah..

>

>


>

>

>

>































Perhimpunan secara besar – besaran ultraman di stadium.. memberi peluang baik untuk raksasa ini membalas dendam…




catatan : Cerita ini hanya rekaan lawak pagi semata-mata.. tiada kaitan dengan jasad hidup ataupun yang telah menjadi arwah!!

Baca Seterusnya >>

  © Blogger template The Professional Template original dari Ourblogtemplates.com 2008 tp dah kena modified

Back to TOP